💖PSIKOLOGI DIRI💖
Perkataan STIFIn adalah singkatan daripada lima personaliti yang
utama iaitu S merupakan ‘Sensing, T adalah ‘Thinking’, I sebagai ‘Intuiting’, F
merupakan ‘Feeling’, dan In sebagai ‘Instinct’. Kesemua personaliti ini
terbahagi pula kepada introvert dan ekstrovert. Setiap personaliti ini
mempunyai ciri-ciri personaliti yang berbeza dan menghasilkan tindakan yang
berbeza oleh setiap individu itu. Wacana psikologi dapat banyak manfaat
dan faedah daripada perkongsian ini untuk persediaan dalam bidang pengajian dakwah.
Pertama sekali, saya dapat mengetahui sifat diri saya sendiri
dengan perkongsian lima personaliti yang utama tadi. Bila mana saya mengetahui
siapa diri saya, bagaimana sifat, saya lebih berhati-hati dalam setiap tindakan
saya yang boleh memberi ketidakselesaan kepada orang sekeliling saya. Selain itu, bila mana saya kenal personaliti
seseorang itu, saya akan lebih menjaga atau lebih berhati-hati terhadap
sensitivity seseorang itu.
Kemudian, saya juga dapat merefleksikan diri saya bahawasanya Allah
SWT mencipta manusia dengan pelbagai personaliti atau ragam kerana untuk
melihat manusia saling melengkapi antara satu sama lain dan berkasih saying
keranaNya. Hal ini kerana fitrah manusia itu tidak boleh jika hidup
bersendirian. Sungguh agong kebesaran Allah SWT dengan menciptakan kita dengan
pelbagai personaliti.
Secara kesimpulannya, psikologi penting untuk kita mengenal orang
di sekeliling kita, lebih-lebih lagi apabila seorang da’i berhadapan dengan
mad’unya untuk mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.mengenal
personaliti ini juga dapat mengajar kita erti kesabaran dan kesyukuran yang
tinggi kerana kita dapat memperbaiki diri kita kearah yang lebih baik untuk mencapai
redha Allah SWT.
Comments
Post a Comment