TEATER MEMANUSIAKAN MANUSIA
“Teater memanusiakan manusia”. Itulah slogan atau kata semangat
yang sering menjadi inspirasi para pelakon dan tenaga produksi sebuah teater.
Menghasilkan teater bukan sesuatu yang mudah seperti menuturkannya. Ada proses
dan disiplin yang harus diikuti oleh seluruh tenaga produksi tidak kira kecil
atau besar.
Teater ialah sebuah bentuk persembahan yang menggambarkan kehidupan
sebenar sesebuah masyarakat atau kumpulan. Segala hal yang berlaku seharian
akan diubahsuai dan diangkat ke pentas teater. Teater merupakan medium terbaik
untuk mendidik masyarakat dalam sesuatu hal. Corak penyampaian secara langsung
mampu melekat dalam jiwa para penonton.
Bertitik tolak dari itu, saya merasakan usaha dakwah perlu
dilaksanakan melalui teater. Sememangnya dakwah dapat dilaksanakan dengan pelbagai
cara. Namun, bagi saya teater adalah satu tarikan yang berkesan untuk
menyampaikan dakwah pada masa kini kerana selain ia menghiburkan penonton
dengan unsur jenaka, penonton turut mendapat intisari dakwah yang diterapkan
dalam persembahan tersebut.
Saya melihat teater ibarat sebuah kehidupan dan sentiasa berpegang
kepada prinsip bahawa seni persembahan itu sebenarnya memanusiakan manusia. Mendalami
teater mendedahkan kita dengan pelbagai skop kehidupan. Lakonan sebenarnya
merupakan satu peniruan, maka secara tidak langsung kita mengetahui cara hidup
serta baik buruk seseorang melalui pengkajian sesuatu watak.
Sudah tiba masanya seni persembahan teater ini dipelopori oleh
golongan belia terutamanya dalam melaksanakan dakwah, agar dapat menarik minat
penonton bagi mengenali keindahan Islam. Berapa banyak sahaja teater Islamik
yang telah berjaya memberi impak yang besar kepada masyarakat? Mungkin para
pendakwah atau penggiat teater Islamik boleh menyusulkan idea teater Islamik
ini kepada pihak yang lebih berautoriti dan dikenali untuk melakukan kerjasama
dengan mereka. Justeru, para pendakwah kini harus memandang ke hadapan dan
memikirkan inisiatif baru untuk menarik para mad’u.
Ini adalah para pelakon teater Islamik di Universiti Malaya. Teater
ini adalah adaptasi daripada buku dan filem Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
Gambar ini menunjukkan semua tenaga produksi dan pelakon bersatu
tenaga menjayakan teater ini.
Ini pula ialah barisan pelakon dan semua tenaga
produksi teater Tenggelamnya Kapal Van der Wijck.
Good Idea - we share the same vision
ReplyDelete