KOMUNIKASI TANPA SUARA

Setiap manusia menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Begitu jugalah orang pekak menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa Isyarat adalah bahasa pertama bagi orang pekak. Uniknya bahasa isyarat ini ia dibentuk oleh orang pekak sendiri untuk tujuan komunikasi antara satu sama lain. Bahasa isyarat ini merupakan sistem komunikasi gabungan visual dan pergerakan tangan. 

Abjad jari / Finger Spelling

Dulu, orang yang pekak terasa terasing daripada masyarakat kerana masyarakat kebanyakkan tidak mengetahui kehendak dan keperluan mereka atas keterbatasan berbahasa. kini tidak lagi. Masyarakat malaysia kini lebih terbuka untuk mempelajari bahasa isyarat ini untuk berkomunikasi dengan komuniti orang pekak.Malah tidak ketinggalan guru-guru agama juga mempelajarinya.

Sebagai pendakwah, marilah kita mencabar diri kita untuk belajar bahasa isyarat ini untuk memudahkan dan mendekatkan diri kita dengan golongan pekak. kerana mereka juga mempunyai hak untuk belajar mengenai Islam. 



Jika kita tidak mulakan sekarang, bila lagi???

Gadis F 💖


Comments

Popular Posts